Assalamualaikum..
...bak pepatah mengatakan "Rambut itu Mahkota setiap wanita"..
![]() |
| gambar sekadar hiasan semata-mata =) |
Sebenarnya dah lama thia mencari petua untuk memanjangkan rambut. Ia lah, sejak menggedik pergi potong rambut jadi pendek rasa menyesal pula sekarang ni. Hukhuk Oleh itu, kerana terlalu geram rambut lambat sangat nak panjang, thia pun terpaksa menggunakan khidmat "Mr.Google" untuk melaksanakan perjuangan thia. Haha agak skema pula ayat kali ni kan. After few hours membelek-belek my trusted Mr.Google, akhirnya jumpa pun dengan apa yang diidam-idamkan. Amin... =)
So, sekarang ni thia nak la berkongsi petua-petua penjagaan rambut dengan kamu semua, mana lah tahu kan boleh membantu kita orang perempuan dalam menjaga mahkota kita. Betul tak kawn - kawan? hehe.
Thia akan terangkan satu persatu atau dalam bahasa omputeh one by one yah =)
*Gelisah rambut susah nak panjang?
- Jangan sedih-sedih lagi, kawan-kawan boleh panjangkan rambut dengan hanya menggunakan empat (4) batang serai sahaja. Rebuskan semua serai itu dan biarkan ia sampailah mendidih. Lepas itu, biarkan air rebusan tadi tu sejuk. Apabila dah sejuk baru lah kita gunakan air itu untuk basahkan rambut. Biarkan selama 30 minit. Akhir sekali bersihkan rambut dan bilas seperti biasa. Nak lagi mujarab, kawan-kawan buatlah 2 kali seminggu yah..
*Hitamkan rambut
- Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan. Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba !
*Keguguran rambut tahap maksima?
- Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah masalah rambut gugur tiada lagi.
Thia harap petua-petua ni sedikit sebanyak dapat tolong anda semua yah. Memang lah zaman sekarang ni teknologi sudah canggih tapi itu tak bermakna petua orang-orang dulu sudah dilupakan. Petua - petua yang thia share dengan anda semua senang sangat nak dilakukan, atau senang cakap Mudah,Murah,Jimat dan Cepat. Betul tak?
Selamat Mencuba kawan-kawan...
p/s : petua-petua ni lelaki dan perempuan, dua2 boleh guna...! =)

No comments:
Post a Comment